KEADAAN kereta Proton Perdana dinaiki dua penjenayah yang terjunam ke dalam tali air di Kubang Semang, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM – Dua penjenayah berbahaya dikenali sebagai Joe Mafia dan Boy yang meloloskan diri ketika dalam perjalanan ke mahkamah bersama tujuh tahanan lain pada Isnin lalu mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Kampung Padang Temusu, Guar Perahu di sini semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, dua Orang Kena Tahan (OKT) yang terbunuh ialah Mohd. Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan Mohd. Noor Mustafa, 28, atau Boy.


Joe Mafia merupakan perancang kepada kejadian sembilan tahanan melarikan diri itu. Dia merupakan rakan penjenayah Boy.

Menurut beliau, sebelum kejadian, pasukan khas polis menerima maklumat berhubung kedudukan Joe Mafia dan Boy yang dilaporkan berada di sekitar Kampung Kubang Semang.

Sebaik dapat mengesan sebuah kereta Proton Perdana dinaiki kedua-dua penjenayah itu di Kampung Kubang Semang, polis terus mengekorinya sebelum kereta itu cuba menghimpit kenderaan polis.

Selepas itu, Proton Perdana tersebut memecut laju menghala ke Kampung Padang Temusu di Guar Perahu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Kubang Semang.

“Ketika kereta dinaiki suspek melalui jalan tar kecil di kampung berkenaan, kenderaan tersebut terbabas lalu terjunam ke dalam tali air.

“Kedua-dua penjenayah itu keluar dari kereta dan cuba melarikan diri dengan menyeberangi tali air,” kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian.-kosmo

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top