MANGSA mengalami kecederaan serta kesan lebam di muka dan kaki.


Kuala Lumpur: Tiga kes penderaan membabitkan seorang bayi dan tiga kanak-kanak berusia enam bulan hingga dua tahun dilaporkan berlaku di tiga lokasi berasingan, kelmarin.

Dua kes dilaporkan berlaku di Selangor iaitu Puchong dan Gombak manakala satu lagi kes di Kepong, di sini.

Bagi kes pertama, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun didera teman lelaki ibunya di Desa Jaya, Gombak, jam 10 malam kelmarin.


Teman lelaki ibunya yang berusia lewat 20-an dikatakan mencucuh puntung rokok di kedua-dua tangan mangsa manakala kakinya diikat sejak seminggu lalu.

Ibu mangsa berusia 27 tahun yang tidak tahan melihat anaknya diperlakukan seperti haiwan menghubungi rakannya yang juga ibu angkat kepada anaknya bagi mendapatkan pertolongan sebelum mendapat rawatan di Hospital Selayang.-hmetro


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top