Nga Kor Ming
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.
"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.
"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.
Kor Ming berkata, tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong.
Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda