Tahniah diucapkan buat produser filem sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman di atas kelahiran cucu lelaki keduanya, pada pagi tadi. Bayi lelaki seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal oleh ibunya, Puteri Suraya Mohd Jalani di Hospital Ampang Puteri, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Ia juga adalah cahayamata kedua buat Suraya dengan pengarah Haru Biru, Mohammad Shahdan. Sebelum itu, mereka telah dikurniakan anak lelaki pertama iaitu Muhammad Akid pada 5 Jun 2011 di hospital yang sama.


Kata Raja Azmi, dia cukup gembira dengan kelahiran bayi lelaki tersebut.



[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


"Bayi tersebut sihat walafiat. Begitu juga dengan ibunya. Tapi, dia tak sebesar abangnya waktu dilahirkan. Waktu Akid lahir dulu, beratnya adalah 3.4 kilogram. Sedangkan, bayi lelaki yang baru lahir ini cuma seberat 3 kilogram saja. Namun, dia lebih putih daripada abangnya," kata Raja Azmi dengan nada gembira.

Bagaimanapun kata Raja Azmi, bayi tersebut masih belum diberi nama lagi.

"Walaupun dari awal kami sekeluarga sudah tahu jantinanya, tapi kami tak pilih pun lagi nama untuknya. Malah, waktu masuk di bilik delivery pun, pemilihan tidak dibuat, sehinggalah saat dia dilahirkan. Saya rasa soal memilih nama ini, biarlah bapanya, Shahdan yang buat," katanya lagi.

Terdahulu Suraya telah dimasukkan ke hospital Ampang Puteri sejak semalam kerana doktor menjangkakan dia bakal melahirkan bayi keduanya pada hari tersebut.

Dalam waktu yang sama, Raja Azmi pula berada di Pulau Pangkor kerana terlibat dengan Festival Puisi Dan Lagu Rakyat (FLPR) Antarabangsa Pangkor 3 (FLPR) Antarabangsa Pangkor,

Namun, sehingga ke malamnya, Suraya tidak dilaporkan beranak. Namun, hanya selepas Raja Azmi pulang ke Kuala Lumpur dan berada di sisi anak sulungnya pada awal pagi tadi, barulah bayi kedua dilahirkan dengan selamatnya. Agaknya bayi itu mahu neneknya ada bersama tatkala dia dilahirkan.

Apapun tahniah buat keluarga Raja Azmi di atas kelahiran bayi tersebut.-murai.com.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top