KUALA LUMPUR, 17 DIS 2012: Sepanjang minggu lalu, pembaca murai.com.my dikejutkan dengan cerita kontroversi pelakon jelita, Neelofa yang dituduh kurang ajar oleh seorang pereka fesyen tempatan.

Selain itu, penyanyi Ayu Damit yang sebelum ini menyembunyikan wajah anak dan suaminya telah berani menampilkan diri dengan menunjukkan wajah kesayangan anak dan suaminya itu.

Lantaran itu, nama pelakon Neelofa dan Ayu menjadi bualan hangat sepanjang minggu lalu sehingga nama mereka tercalon dalam carta KesSahNya.


Namun, kedua-dua cerita yang melibatkan dua individu popular ini seakan menghimpit cerita mengejutkan yang menimpa suami kepada Dato' Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K.



[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


Kisah tersebut adalah berita yang memberitahu Datuk K telah mengalami kemalangan di Queenstown, New Zealand.

Pun begitu, adakah berita kemalangan Datuk K mampu mengatasi dan lebih diberi perhatian daripada kontroversi cerita yang melibatkan Neelofa dan Ayu Damit?

Sementara itu, menerusi segmen Seleb VS GengMurai, penyanyi lagu Kisah Hati dipilih sebagai artis minggu ini berikutan kemenangannya di Anugerah Planet Muzik 2012.

Kenyataan Alyah dipilih menerusi komennya terhadap ketakutannya dipeluk pelakon tampan, Remy Ishak.

Apakah kenyataan Alyah dan bagaimana respon peminat terhadap isu dipeluk Remy?

Ketahui segalanya dengan menonton KesSahNya yang disiarkan setiap Isnin di murai.com.my. Jangan ketinggalan untuk berkongsi pendapat anda dengan menghantarkan emel kepada tanyaajieb@gmail.com untuk segmen Tanya Ajieb.-murai.com.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top