Mungkin tidak ramai di kalangan kita begitu mengenali nama pengacara rancangan Scoreboard, Nadia Zuber terbitan saluran TV3.


Wajahnya hanya muncul dalam rancangan itu dan sekali-sekala muncul sebagai pembaca berita sukan dalam Buletin Utama.

Gadis yang berusia 24 tahun itu dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Irfan Fazail yang juga merupakan salah seorang ahli pemain bola sepak kumpulan Harimau Muda.


Mengakui bercinta sejak tahun lepas lagi, Nadia dan Irfan bakal bertunang pada tarikh 30 Disember depan di Shah Alam bersempena dengan hari kelahirannya pada 31 Disember.

Undangan kad pertunangan mereka sudah pun diedarkan dan turut dimaklumkan melalui laman rasmi Twitter Nadia sendiri.


Rata-rata peminat pengacara manis itu mengucapkan tahniah di atas berita gembira yang dikongsi bersama.


[BIAR BETUL!!]Hilang dara jadi kebanggan Blogger ini???

[BIAR BETUL!!]Anak ulama sering berzina sehingga lahir anak luar nikah


Irfan merupakan pemain dalam kumpulan Harimau Muda A yang memakai jersi bernombor 7 dengan bermain di posisi ‘Midfielder’.

Semoga, dengan ikatan pertunangan yang bakal terjadi itu memberikan lagi sinar kebahagian buat diri Nadia dan Irfan.

Doa Mynewshub.my, semoga hubungan mereka berdua kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.-mynewshub.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top