Ahli keluarga menjaga Sabarnie selepas melahirkan anak sulung, namun bayi berkenaan meninggal dunia selepas beberapa jam dilahirkan.

TO' UBAN, Pasir Mas – Hanya tangisan dapat menggambarkan kesedihan yang dialami seorang ibu, selepas mengandungkan anak sulung hampir tujuh bulan, tetapi disahkan mati beberapa jam selepas dilahirkan.

Lebih memilukan, bayi cukup sifat tetapi tidak cukup bulan itu dilahirkan di tandas rumahnya dekat sini.

Ibu muda di Kampung Simpol Tualang, Sabarnie Adawiyah Abd Wahab, 22, memohon pihak berkenaan menyiasat punca kematian bayinya, 8 November lalu.


Menurutnya, dia mula sakit perut sehari sebelum itu dan bergegas ke klinik kesihatan kemudian dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Selepas diperiksa, saya hanya dimaklumkan mengalami penyakit air kencing kotor dan ditempatkan ke wad.



[WOW!!]Aksi Pelajar AF 5 yang terlampau


“Selepas dibenarkan pulang, sekali lagi saya mengalami sakit perut dan bergegas ke hospital pada jam 5 pagi keesokan harinya,” katanya, semalam.

Sementara itu, kakak mangsa, Sharifa Abd Wahab, 48, berkata, dia sayu selepas melihat keadaan Sabarnie yang ditempatkan di dalam wad, lebih 12 jam.

“Kami tidak dapat menahan sabar lalu memaksa pegawai bertugas memeriksa adik pada petang itu.

“Namun keputusan yang sama diperoleh iaitu adik saya masih belum ada tanda mahu melahirkan anak,” katanya.

Katanya, ahli keluarganya tidak menyalahkan jururawat yang bertugas, kerana mereka bertindak di atas arahan doktor yang bertugas.

Namun pihaknya kecewa apabila adiknya tidak dipedulikan meskipun sudah ada tanda mahu melahirkan anak, malah air ketubannya sudah juga pecah.

Menurutnya, hanya selepas dipaksa oleh suami Sabarnie, barulah doktor berkenaan akur untuk memeriksa tahap kesihatannya.

Selepas dibenarkan pulang katanya, Sabarnie mengadu sakit perut pada jam 9 malam dan menuju ke tandas sambil ditemani saudara yang lain.

Katanya, suasana mula tegang apabila mendengar jeritan adik bongsunya kerana terkejut setelah ternampak kepala bayi.

Menurut Sharifa, mereka menyambut kelahiran bayi di tandas dan membawanya ke hospital, sejam kemudian namun bayi disahkan meninggal beberapa jam selepas dilahirkan.

“Kami kecewa apabila ada sesetengah kakitangan yang tidak menghormati pesakit dengan melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak berkenaan tidak memohon maaf di atas kejadian yang berlaku,” katanya-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top