Lisa Surihani, bukanlah nama picisan dalam industri kerana rata-rata mengenali si cantik ini.

Baru sahaja menjulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, di Anugerah Skrin (ASK) baru-baru ini, Lisa juga terkenal sebagai selebriti yang berilmu dan berpengetahuan tinggi.

Berbicaralah apa sahaja, pastinya si cantik ini mampu memberikan pandangan tersendiri.


Ketika diajukan mengenai industri kreatif yang semakin menunjukkan perkembangan positif, pelakon ini berkata, masih ada perkara yang membelenggu fikirannya.

Selain daripada kekeliruan mengenai pembayaran royalti kepada pelakon, Lisa juga membangkitkan isu prosedur waktu bekerja (working hour) dalam industri seni.

"Sebagai pelakon, kami bekerja lebih daripada 12 jam sehari dan ada kalanya sehari suntuk. Jadi, ia merugikan kami kerana waktu bekerja tidak tetap dan sentiasa lebih dari 12 jam.

"Kami tidak mempunyai waktu bekerja sedangkan di Amerika Syarikat (AS), mereka mendapat kelebihan ini. Sekiranya masa yang diperuntukkan sehingga 12 jam sehari, selepas waktu itu ia dikira sebagai kerja lebih masa (OT).

"Jika perkara ini ditetapkan, produksi akan berkira-kira untuk membayar dan mereka akan bekerja bertungkus-lumus untuk menyiapkan kerja," katanya yang menyokong usaha Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam menubuhkan Gabungan Industri Kandungan Kreatif (CCIG) bagi memayungi semua penggiat seni tempatan.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top