Putera William dan Kate Middleton
Perkara itu diumumkan oleh Istana St James semalam.
Kerabat Diraja dan keluarga Middletons, dikatakan gembira dengan berita itu.
Jurucakap berkata, Kate yang hamil kurang 12 minggu telah dimasukkan ke hospital London kerana alahan dan perlu berada di hospital beberapa hari lagi.
Bayi pertama pasangan yang akan dilahirkan itu adalah waris ketiga takhta - selepas Putera Charles dan Putera William
Catherine dan William, masing-masung berusia 30 tahun telah berkahwin di Westminster Abbey, April tahun lalu.
Pakar sejarah berkata tugas dan cita-cita pertama bagi seseorang yang berada di kedudukan 'duchess' adalah untuk menghasilkan pewaris.
Apabila bayi dilahirkan, kepentingan Putera Harry akan berkurangan dan dia perlu melepaskan kedudukan ketiga dalam takhta.
Walaupun bayi itu perempuan, kerajaannya bertegas dia akan menjadi ketua negara Britain dan 15 negara lain di mana Ratu masih memerintah.
Undang-undang akan dipinda untuk memastikan dia tidak diambil alih oleh adik lelaki, kata mereka.
Harapan dalam kalangan diraja adalah agar masa depan monarki kini telah terselamat untuk generasi depan.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda