Kenapa Perempuan Tidak Boleh Melamar Dahulu?
Selama ini, pada kebanyakan budaya dunia termasuk malaysia, lelaki selalu memiliki peranan utama dalam hal yang mengajukan lamaran. Jarang sekali, bahkan hampir tidak ada wanita yang melamar lelaki. Kenapa? Adakah wanita tidak boleh melamar Lelaki?
Sebuah kajian menunjukkan bahawa ramai wanita tidak mahu melamar dahulu. Kebanyakan orang lebih berharap bahawa lelaki yang akan melamar dahulu.
Hasil tersebut diketahui melalui kajian dari University of California yang memerhati 277 mahasiswa heterokseksual mengenai pandangan mereka terhadap siapa yang lbih baik mengajukan lamaran.
Sebanyak dua pertiga mahasiswa bahawa mereka menginginkan lelaki untuk melamar. Sekitar 2.8 persen wanita mengatakan ‘sedikit’ingin melamar. Namun tidak ada peserta, baik lelaki atau wanita yang mengatakan mereka benar-benar ingin wanita yang melakukan lamaran.
Para peserta juga dibolehkan menjelaskan jawapan mereka. Kebanyakan wanita mengemukakan alasan bahawa mereka takut menghadapi penolakan jika mengajukan lamaran. Selain itu, wanita yang melamar kelihatan lebih kuat jika dibandingkan dengan lelaki dan ini lari dari adab tradisional.
Robert Robnett, ketua pengkaji mengatakan bahawa lelaki dan wanita yang masih memegang kuat tradisi lebih suka lelaki yang memulakan lamaran. Hal ini kerana wanita masih dianggap istimewa, dilayan secara istimewa dan harus dilindungi.
Bagaimana dengan anda, adakah anda setuju jika wanita yang terlebih dahulu untuk memulakan lamaran pada kekasihnya?
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda