Foto dipetik dari Mazidulakmal.com
Pengikut setia program 999, 360 dan Majalah 3 yang disiarkan di saluran TV3 pasti sudah biasa dengan nama personaliti TV Mazidul Akmal Sidik, yang mana beliau cukup sinonim dengan laporan-laporan berat seperti laporan jenayah atau tentang kemanusiaan juga banyak bahan berita yang mencuri perhatian penonton - sekaligus naik rating.
Terbaru, menerusi program Majalah 3 Sabtu lalu, Mazidul tampil dengan laporan berjudul Superbike Rempit, bertujuan menyedarkan para pengguna jalanraya tentang pentingnya memandu secara berhati hati. Namun ada pihak yang mendakwa wartawan berpengalaman itu membohongi penonton kerana video yang digunakan untuk laporan bekenaan adalah palsu!
Dalam blog Rotikaya.com menyebut Mazidul menggunakan satu video lakonan semula tanpa memaklumkan kepada penonton program tersebut. Malah, nada laporan beliau ketika itu juga seakan memberikan gambaran lakon semula oleh penunggang professional itu memang terjadi dan ini menyinggung mereka yang terlibat.
Peminat sukan motorsikal di beberapa forum berkaitan juga menyelar tindakan Mazidul ini yang dianggap tidak selari dengan kod juga etika kewartawanan.
Kalau benar seperti yang didakwa maka seharusnya Mazidul perlu berbuat sesuatu untuk menjernihkan semula keadaan. Barangkali ada salah faham atau kesilapan teknikal di mana-mana, kan.
Apapun, anda boleh tonton video sedutan laporan tersebut. Ambil mesej yang positif, dan berhati hati dengan AES ketika memandu.
Laporan asal: Syed Kamal Yusop & Ameno World
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda