Ramai artis wanita kini tampil dengan imej bertudung. Perubahan personaliti mereka itu boleh memberi pandangan positif kepada peminat masing-masing.

Mana tahu ada diantara mereka yang berjaya menjadi ‘role model’ sehingga terbuka hati peminat itu untuk mengikut jejak langkah artis kesayangan mereka.

Malah, apabila mengenakan tudung banyak undangan ceramah agama dapat dihadiri bagi menceritakan bagaimana hati sesetengah artis itu terbuka untuk berhijab.


Seperti pelakon Catriona Ross ini, sejak berhijab dia sering ke forum khas atas tujuan berkongsi soal penghijrahannya.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila ada diantara mereka yang ‘cetek akal’ ini menuduhnya sudah memasuki parti pembangkang.


Catrina atau lebih mesra disapa Cat, memberitahu dia tidak faham kenapa perlu kaitkan artis bertudung dengan hal politik.

Dia yang sudah tidak tahan dengan percubaan sesetengah pihak yang membabitkannya dengan hal itu kini tampil membuat kenyataan.

Menerusi Utusan Malaysia, hari ini, Cat dengan tegas memberitahu jangan sesekali menggunakan namanya demi kepentingan politik.

“Saya tidak pernah masuk parti Pas. Jangan kaitkan saya dengan mereka,” katanya.

Tambah menjengkelkan apabila tiba saja dia ke sesuatu lokasi ceramah, ada ‘cakap-cakap belakang’ mengatakan yang dia sebenarnya sudah mendaftar sebagai ahli parti pembangkang dan penyokong parti tersebut!

Nampaknya, banyak pihak cuba menangguk air keruh dalam soal artis dan politik ini.

Macam juga kes membabitkan pelakon Wardina Safiyyah yang memang tidak selesa kalau dirinya dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Jadi, tak perlulah menggunaka nama artis untuk agenda yang tidak betul.

Tidak semua artis mudah terpengaruh.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top