Penyanyi kecil molek, Atilia Haron mengakui dia sememangnya ingin berkahwin tetapi masih belum punya masa untuk menetapkan tarikh perkawinan.

Hubungannya dengan Bots, 34, kini sudahpun memasuki tahun keempat namun masing-masing belum berbincang mengenai masa dan lokasi yang sesuai untuk mengadakan hari bersejarah itu.

Namun, hatinya memang ingin kahwin cepat.

“Saya memang nak kahwin, tapi tidak tahu lagi bila.


“Tahun ini merupakan tahun yang sangat padat dan mungkin perkahwinan saya akan ditunda sehingga Januari tahun hadapan, itu pun belum tentu lagi,” katanya .

Atilia menyifatkan yang Bots seorang yang sangat penyabar, pendiam dan mampu membuatkan dirinya selalu tersenyum.

Malah, hubungan yang mereka bina berjalan lancar tanpa ada sebarang gosip liar.

“Alhamdulillah, mungkin saya tidak pernah berahsia tentang hubungan kami dengan peminat, malah saya sering berkongsi di Twitter,” katanya.

Menerusi perkembanga terbarunya, Atilia sedang membuat persiapan untuk mengadakan sebuah konsert mini di Jakarta, Indonesia pada penghujung tahun ini.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top