‘Bercinta Lepas Kahwin Lebih Indah’ – Ally Iskandar


Benarlah kata orang-orang tua bercinta selepas kahwin lebih indah daripada sebelum.

Walaupun jika dilihat, kata-kata berkenaan tidak boleh diguna pakai pada alam cyber ini, namun pengacara terkenal, Ally Iskandar membuktikan yang perumpamaan itu masih boleh diterimanya.

Bagi Ally, 36, walaupun tidak pernah mengungkap rasa cinta sebelum disatukan namun ia bukanlah halangan untuk membahagiakan isteri tercinta, Nurfarahin Romli, 22.


Membina bahtera rumah tangga bersama insan pilihan keluarga, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi tidak pernah menduga mampu memiliki insan istimewa seperti Farah.

Malah, bagi Ally, hubungan yang dibina tanpa berpandukan cinta sebelum kahwin ini mampu memberikan seribu satu nikmat buatnya.

“Alhamdulillah, saya menerima jodoh yang ditentukan keluarga dan terbukti mereka membuat perkara tepat dalam memilih Farah.

“Mengenali Farah membuatkan saya kenal diri sendiri,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian, semalam.

Perkembangan terbaru, mereka berdua kini sedang mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan.

Menurutnya Farah, mereka memiliki perniagaan online dengan menjual koleksi tudung bawal melalui Facebook dengan nama caria FARAHiskandar.

“Insya-ALLAH kami akan kembangkan perniagaan secara beransur-ansur.

“Maafkan kami jika gagal memuaskan semua pihak,” kata Farah menerusi laman Faceboknya.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top