Produk menggunakan Windows 8 yang diterajui Acer Aspire S7.

ACER Malaysia (Acer) mengukuhkan lagi portfolionya dengan melancarkan rangkaian pengkomputeran generasi baru yang lengkap dengan pelbagai barisan produk menggunakan Windows 8 yang diterajui Acer Aspire S7.

Ultrabuku yang nipis ini turut dilancarkan bersama siri tablet Iconia W dan komputer Aspire U semua dalam satu (AIO).


Pengurus Besar Acer Sales & Services Sdn Bhd, Ricky Tan berkata, Acer Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan ketibaan Acer Aspire S7.

Menurutnya, sejak kemunculan pertama pada awal tahun ini di Computex 2012 Tipei, Acer Aspire S7 telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia sebagai ultrabuku nipis dengan kebolehan sesentuh.

“Di Acer, kami komited terhadap penerokaan di luar had, reka bentuk dan mencipta alatan baru untuk generasi akan datang. Acer sentiasa bekerjasama rakan kongsi Microsoft dan Intel untuk mencipta produk yang mampu menguasai dunia pengkomputeran.

“Dengan ini, kami mendahului dalam penciptaan reka bentuk produk terkini yang akan dilancarkan bersama Windows 8 dengan menggunakan teknologi Intel untuk memberi pengalaman baru,”katanya.

Pengurus Produk Kumpulan Windows Microsoft Malaysia, Amrita Sapre berkata, Windows 8 telah direka dan diubah suai bagi memenuhi keperluan pengalaman peribadi pengguna sepenuhnya.

“Ia bukti perkongsian nyata Microsoft dan Acer yang kekal jadi rakan kongsi melalui kuasa tekno pengkomputeran moden,”katanya.-sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top