Keseronokan seorang gadis lakukan hubungan seks dengan teman lelakinya kira-kira enam bulan lalu berakhir apabila hasil persetubuhan haram itu menyebabkannya yang masih belajar di tingkatan tiga itu bakal bergelar ibu apabila disahkan hamil lima bulan.

Tindakannya menyembunyikan kandungan semakin membesar daripada ibu bapanya gagal sekali gus membongkar rahsia perlakuan seks pelajar itu dengan teman lelakinya berusia 18 tahun dipercayai dilakukan atas kerelaannya.

Sumber berkata, terkejut mendengar pengkuan mangsa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya, ibu pelajar terbabit memaksa mangsa membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemamaman kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

Katanya, mangsa mendakwa dirogol lelaki dikenalinya dalam kereta milik lelaki terbabit sewaktu berehat di sebuah kawasan sunyi di Pengkalan Sir, dekat Chukai.

“Mangsa yang ketakutan selepas rahsia kandungannya terbongkar hanya mengingati kejadian itu berlaku pada waktu malam kira-kira enam bulan lalu ketika bersama lelaki terbabit di kawasan berkeknaan,” katanya.

Menurutnya, peristiwa enam bulan lalu itu berlaku apabila mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Mak Chili, untuk bersiar-siar selepas dijemput teman lelakinya.

Sejurus melakukan hubungan terlarang itu, mangsa yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di bandar ini kemudian dihantar pulang lelaki terbabit ke rumah keluarga pada malam sama.

Ketua Polis Daerah Kemamn, Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan pelajar terbabit.-informasi.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top