Masa Cari Pemain Idaman
KEMPEN Liga Malaysia (Liga M) 2013 semakin terasa debarannya.
Malah, kerancakan beberapa pasukan memancing pemain menambah lagi kehangatan arena bola sepak tempatan.
Pendek kata, mungkin inilah jendela perpindahan pemain paling aktif sejak Liga M memasuki era profesional sepenuhnya pada 1993.
Tidak keterlaluan, situasi tarik tali antara persatuan menambah lagi ‘rencah’ dalam penghijrahan pemain.
Faktor tawaran dan bayaran lumayan juga antara daya penarik buat pemain mengubah haluan.
Jika tahun lalu, pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan dilihat seakan-akan memonopoli pasaran pemain.
Namun, berbeza pula kali ini. Beberapa pasukan melakukan transformasi besar-besaran antaranya Terengganu, T-Team, Perak, Selangor serta Johor.
Bagaimanapun, fenomena ‘angin selatan’ nampaknya lebih menyerlah.
Johor yang dahulunya dikenali sebagai skuad Jengking melakukan penjenamaan semula dengan menggelar pasukan itu sebagai Harimau Selatan.
Bukan itu sahaja, Johor semakin serius untuk kembali menjadi pasukan disegani dengan membawa beberapa nama besar untuk memperkasakan pasukan itu musim hadapan.
Nama-nama seperti Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo), pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, Jean Emmanuel Effa Owona, Safiq Rahim serta beberapa lagi bintang bola sepak tanah air yang disebut mewarnai sesi perpindahan ini, diharap mampu menarik kembali kehadiran penonton ke stadium seperti mana meriahnya era semi-pro sekitar 80-an.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda