JAJAHAN BAITULMAQDIS, (PIC)– Ketua pergerakan Islam di Jajahan Palestin 1948, Sheikh Raed Salah berkata bahawa perang terbaru yang dilancarkan oleh Israil ke atas Semenanjung Gaza adalah permulaan kehancuran penjajah tersebut.
Sheikh Salah berkata sewaktu siding akhbar pada petang Khamis di Baitulmaqdis bahawa perjanjian genjatan senjata yang telah dicapai secara jelas memperkatakan tentang penamatan sekatan ke atas Semenanjung Gaza.
Ini bermakan semua ancaman penjajah untuk mendera Gaza tinggal ilusi sebaik sekatan tersebut mulai hapus sebagai persediaan untuk mengasaskan Negara Palestin yang bebas dan merdeka, kata ketua pergerakan Islam tersebut.
Beliau berkata ”Semenanjung Gaza telah bertukar menjadi tempat pertemuan semua ketua-ketua rasmi Islam dan Arab. Senarai mereka yang telah dan akan melawat Gaza amat panjang, membuktikan bahawa Gaza telah mencapai kuasa memilih dalaman dan luarannya, pengakhiran penjajahan menjadi hampir”.
wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai
Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman
Ketua Palestin tersebut mengingatkan bahawa kemenangan Gaza dalam perang 2008-2009, keteguhan orang-orang Palestin dan kebangkitannya telah membawa kepada Kebangkitan Arab, menegaskan kemenangan terbaru turut akan membawa kepada tercapainya penyatuan posisi Arab dan Islam, yang mana akan bermula dengan perdamaian Palestin menuju kepada pembebasan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.
Sumber: The Palestinian Information Center | Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda