JAJAHAN BAITULMAQDIS, (PIC)– Polis Israel menghalang jemaah berusia bawah daripada 40 tahun untuk memasuki masjid suci Aqsa pada hari Jumaat dan mengepung kota suci tersebut.

Polis Israel menempatkan beribu-ribu anggotanya di laluan masuk ke kota tersebut dan Masjid Aqsa sebagai tambahan kepada anggota-anggota yang ditempatkan di lorong dan kawasan pinggiran yang secara virtualnya menukar kota suci tersebut kepada penempatan askar tertutup.

Anggota polis memeriksa pengenalan diri kesemua penduduk Palestin yang ingin masuk ke kota tersebut untuk berjemaah pada hari Jumaat, mereka menghalang penduduk berumur bawah 40 tahun daripada masuk buat minggu kedua berturut-turut.


wow....sangat kreatif,Jom lihat gambar² apartment yang telah diubahsuai

Tak masuk akal!!!Cuma senyum tetapi dibayar RM50,000?dunia akhir zaman


Sheikh Ekrerma Sabri, khatib Jumaat (pengkhutbah) di Masjid Aqsa, mengencam tindakan Israil, mendakwanya sebagai pencabulan terhadap kebebasan beribadah dan hak asasi manusia.
Beliau berkata tiada negara di dalam dunia ini yang menetapkan usia bagi mereka yang ingin beribadah di tempat-tempat ibadah.


Sumber: The Palestinian Information Center   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top