Sudah diketahui oleh ramai orang bahawa merokok tidak baik untuk kesihatan. Bahan yang ada di dalam rokok boleh mengganggu kesihatan anda. Apabila dihisap, bahan-bahan toksik dan karsinogen mengalir masuk ke dalam tubuh dan menjejaskan tekanan darah, denyutan jantung, sehingga kesihatan organ lain.

Namun, tahukah anda bahawa di dalam rokok mengandungi darah babi? Penyelidikan yang ditemui oleh seorang saintis Belanda tersebut cukup menggelisahkan. Dinyatakan sekiranya 185 jenama rokok menggunakan darah babi sebagai campuran pada bahagian filter rokok.


Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Simon Chapman.

Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.

Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan. Tapi, sekurang-kurangnya satu jenama rokok yang dijual di Greece telah dikukuhkan menggunakan hemoglobin babi dalam proses pembuatannya, tanpa diketahui para pengguna. Malangnya, tidak disebutkan jenama rokok tersebut.

Rokok yang mengandungi darah babi ini ditemui pada rokok yang menggunakan penapis saja. Darah babi digunakan untuk membuat filter lebih berkesan menangkap kimia berbahaya sebelum asap masuk ke kerongkong. Jadi kesimpulannya adalah penemuan tersebut jelas tidak berlaku untuk rokok yang tidak menggunakan penapis.

sumber : News.cnet.com | informasi.my

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top