Tan Sri Annuar Musa
PENYERANG sensasi Kelantan, Norsharul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo semakin hampir untuk menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) bersetuju untuk melepaskan dia menerusi "perpindahan biasa."
Bagaimanapun, perpindahan tersebut bersyarat dan mempunyai terma tertentu yang perlu dipatuhi Johor.
Mengumumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya malam tadi, Presiden Persatuan Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) mempunyai tempoh seminggu untuk menerima tawaran Kafa dan andai Johor menerimanya maka Mat Yo akan sah menjadi hak milik pasukan Harimau Selatan itu.
"Kafa bersetuju untuk membuat perpindahan biasa, namun Johor diberi tempoh tujuh hari untuk menerimanya.
"Lagipun, adalah menjadi hasrat Kafa untuk menyempurnakan semua urusan berkaitan sebelum bermulanya Piala Suzuki AFF kerana ia melibatkan aksi Mat Yo.
"Kafa cuma mahu Mat Yo tumpu perhatian (ke atas persaingan) Piala Suzuki AFF dan memberikan yang terbaik bagi mempertahankan kejuaraan," kata Annuar lagi.
Awal minggu ini, Sinar Harian melaporkan Kafa bersedia untuk merungkai segala masalah yang timbul berhubung isu perpindahan Mat Yo, selain menyatakan kesediaan untuk berbincang empat mata jika PBNJ benar-benar mahukan khidmat penyerang terbabit.
Sebelum ini, Mat Yo juga dilaporkan merayu agar Kafa tidak merumitkan urusan perpindahannya ke Johor dan melihat penghijrahan berkenaan dari sudut positif, termasuk memikirkan masa depannya.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda