TIDAK habis-habis kontroversi yang melanda ‘tribute’ teater Tun Dr Siti Hasmah selepas tarikh pementasannya ditunda, pertukaran pengarah dan juga pertukaran pelakon utamanya dari Erra Fazira kepada Lisa Surihani dan Datin Sofia Jane.

Terbaru, Sofia Jane dikhabarkan telah menarik diri daripada teater itu dan peranan yang dibawanya telah digantikan pelakon berbakat besar, Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin.



Ketika ditanya mengenai perkara itu, Penebit Eksekutifnya, Datin Paduka Umie Aida berkata, “Sofia menarik diri kerana dia ada alasan peribadi."

"Saya hormati keputusannya itu," kata Umie.

Menurut Umie lagi, Sofia sudah menarik diri daripada terlibat dengan pementasan itu sejak minggu lalu.

“Saya tak ingat tarikh tepat dia tarik diri, tapi dia memang sudah tidak terlibat dengan pementasan Tun Dr Siti Hasmah lagi dan dia sudah digantikan dengan Eja," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan Eja, 40, yang akan membawakan peranan sebagai Tun Dr Siti Hasmah waktu kini, Umie berkata, “pemilihan Eja adalah atas pilihan pengarah, Erma Fatima dan saya sendiri.”

Eja juga difahamkan sudah lima hari menjalani latihan bersama ‘team’ produksi teater ini, yang turut dibintangi Lisa Surihani yang memegang watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah ketika muda, Nazim Othman, Esma Daniel dan Radhi Khalid.

“Semua pelakon menerima tunjuk ajar daripada Erma serta dibantu oleh penggiat teater, Norma Nordin dan latihan sudah bermula sejak 1 Oktober lalu,” katanya.

Pementasan 'tribute’ teater Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan berlangsung mulai 9 hingga 19 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

‘Tribute’ teater ini diterbitkan syarikat World Islamic Network Television Sdn Bhd yang dinaungi Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. -sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top