Subahan percaya Rajagobal (kanan) mempunyai ramuan untuk membawa Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015. - Foto: FAM


OPTIMIS, itu reaksi pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal mengenai peluang anak buah Datuk K Rajagobal mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

Pada majlis undian kelayakan Piala Asia berlangsung di Melbourne, kelmarin, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Qatar, Yaman dan Bahrain yang mempunyai kedudukan ranking lebih baik daripada skuad negara.
Namun, Subahan percaya undian berkenaan adil dan memihak kepada Malaysia.


"Saya berkeyakinan tinggi, bagaimanapun percaya perlawanan pastinya sukar. Namun rekod pertemuan menentang pasukan dari negara Timur Tengah sebelum ini memberi kelebihan, malah pemain sudah tentu memahami corak permainan lawan,” katanya.

Mengenai kedudukan negara yang menghuni tangga 162 dunia, bagi Subahan ia bukan isu yang perlu dibesarkan.

“Tidak dinafikan jurang angka (ranking dunia) memang nampak besar, tetapi dari segi permainan pasukan negara dan pihak lawan tidak jauh berbeza. Apa pun, kita tetap perlu berhati-hati dengan kebangkitan Qatar yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan sejak tiga tahun kebelakangan ini.

“Kita mampu mencipta kejutan untuk menghuni kedudukan terbaik atau sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan,” katanya pasukan negara juga mampu menandingi pasukan gergasi Asia seperti Uzbekistan dan China.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan pasukan menjelang kempen piala AFF Suzuki hujung tahun ini, Subahan memaklumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memutuskan senarai 25 senarai pemain terbaik selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia. -sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top