SAPS – Semakan Peperiksaan Ibu bapa. Bagi kami langkah menyediakan kemudahan seperti SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sangat-sangat baik. Semakan keputusan peperiksaan secara online ini boleh dilakukan oleh kalangan ibubapa dengan melayari portal Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).


SAPS Ibubapa (Sistem Semakan Peperiksaan Sekolah)

        1.Memudahkan bagi semakan ibubapa melibatkan keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak mereka. Bukankah itu suatu usaha yang baik?
       2.Menjadi agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa, sekolah dengan bahagian pendidikan daerah dan negeri dalam memantau keputusan peperiksaan dalaman serta luaran sekolah
        3.Pelajar-pelajar sekolah acapkali menyorok keputusan peperiksaan masing-masing daripada diketahui ibubapa, apabila mereka menerima keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan. Dan perkara ini memang kerapkali berlaku. Sehingga ada pelajar-pelajar yang berani meniru tandatangan ibubapa. Ya…benar sama sekali. Jadi ibubapa boleh pantau kemajuan anak walau pun dari rumah

Tetapi jikalau difikirkan secara positif, sebenarnya sistem SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) kemudahan sistem SAPS ni sebenarnya membantu semua pelajar supaya sentiasa diberi perhatian demi masa depan yang lebih baik.

    “Daripada kurang baik berubah menjadi baikDaripada baik menjadi lebih baik. Insyaallah”

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Malaysia Secara Online oleh Ibu Bapa

Selepas selesai sahaja peperiksaan atau ujian yang diduduki pelajar (anak-anak anda), ibu bapa boleh mendapatkan keputusan peperiksaan atau ujian anak mereka dengan pantas melalui perkhdimatan SAPS.

Untuk ke portal tersebut tuan/puan boleh lah melayari ke saps.moe.gov.my dan klik capaian semakan ibu bapa.

        Login ke http://saps.moe.gov.my atau SILA KLIK SINI


  • Selepas klik ia akan muncul paparan seperti paparan di atas
  • Klik pada SEMAKAN IBU BAPA seperti yang kami tunjukkan di atas
  • Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah


  • Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar di bulatan bertanda 1 tanpa “-“ atau space contoh 817654032123
  • Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah di bulatan bertanda 2 dalam gambar. Tandakan dibulatan kecil.
  • Selepas itu klik SEMAK LAPORAN seperti dalam bulatan 3
  • Pada paparan itu menunjukkan nama sekolah, no kad pengenalan, nama pelajar, tingkatan dan kelas terkini.
  • Pilihlah jenis peperiksaan yang mahu dilihat samaada ujian atau peperiksaan akhir tahun. Seperti dalam bulatan bertanda 4.
  • Klik pada PAPAR SLIP KEPUTUSAN atau boleh PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN dengan klik butang yang disediakan pada bulatan bertanda 5.


sumber

Posting Komentar

  1. Bagaimana ingin mendapatkan keputusan peperiksaan bagi pelajar tahun 1 sekolah rendah?

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top