Menerusi informasi terkini di Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, telah memaklumkan bahawa permohonan secara online (atas talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, KPM bagi Sesi 2013 akan dibuka pada 15 September sehingga 31 Oktober 2012.
Kepada yang terbabit khususnya murid tahun 6 yang sedang menduduki UPSR 2012 mahupun calon PMR yang bakal menduduki tidak lama lagi yang berminat untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2013 adalah dipelawa membuat permohonan bermula pada hari tersebut.
Secara ringkasnya Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Syarat kelayakan minimum mengikut fahaman penulis
Tingkatan 1
Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
Tingkatan 4
Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran bahasa antarabangsa contohnya bahasa Arab, memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut berkaitan sila layari portal rasmi KPM di url http://www.moe.gov.my
Cara Memohon SBP & Sekolah Kawalan
Pelajar Darjah 6 atau Tahun 6 yang telah menduduki UPSR 2012 boleh memohon Sekolah Berasrama Penuh – SBP atau Sekolah Kawalan.
Pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR 2012 hanya boleh memohon SBP sahaja.
Permohonan perlu dibuat secara online melalui Aplikasi Permohonan ke SBP dan Sekolah Kawalan.
Aplikasi Permohonan SBP & Sekolah Kawalan
Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat.
Manual Permohonan SBP & Sekolah Kawalan
Tarikh Tutup
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh – SBP dan Sekolah Kawalan bagi sesi 2013 akan ditutup pada 31 Oktober 2012.
Maklumat
Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
Pertanyaan boleh juga dibuat melalui Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my.
Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya di url http://www.sekolahmalaysia.com ataupun http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia.
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.