Pengurus: Tidak mungkin Safee cuti di Langkawi dengan Julia
"SAFEE, dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Langkawi, jadi saya tidak tahu macam mana gosip itu boleh timbul."
Demikian tegas pengurus kepada bintang bola sepak serta penyerang kebangsaan, Safee Sali, Zakaria Rahim selepas diminta mengulas mengenai cerita Safee dan pelakon Julia Hana dilihat berpegangan tangan semasa berada di Langkawi yang tersebar di sebuah portal gosip tempatan, semalam.
"Safee juga tidak pernah mengenali Julia Hana secara peribadi dan dekat.
"Jadi tidak mungkin mereka boleh pergi bercuti ke Langkawi bersama-sama seperti yang dihebohkan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Laporan portal itu mendakwa, Safee, 28, dan Julia Hana, 35, dilihat beratur bersama di Langkawi Cable Car dan lagak mereka berpegangan tangan menguatkan andaian yang pasangan ini sedang bercinta.
Julia Hana sebelum ini dikenali kerana pembabitannya dalam filem Remp-It yang terbit pada 2006 selain dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas anggota kumpulan A to Z, Jeff.
Safee yang berasal dari Kajang, sebelum ini pernah berkahwin dengan Sabrina Yusof dan bercerai talak satu April lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Syaza Syaqina, empat tahun dan Nur Syasya Sofirna, 2 yang kini dibawah jagaan bekas isterinya itu. -sinar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda