Gambar hiasan semata-mata,tiada kaitan dengan cerita dibawah


KUALA LUMPUR: Tindakan nekad seorang lelaki dipercayai pengedar dadah berusia lewat 20-an merempuh dua anggota polis bermotosikal ketika cuba meloloskan diri mengundang padah apabila dia cedera parah selepas terkena empat daripada lapan tembakan yang dilepaskan pihak berkuasa, awal pagi semalam.

Dalam kejadian berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari Puchong menghala ke Subang Jaya di sini, kira-kira jam 2 pagi, tembakan yang dilepaskan polis mengenai lengan dan rusuk kanan suspek manakala empat das lagi mengenai kereta miliknya jenis Proton Perdana V6 sebelum penjenayah itu berjaya diberkas.



Sumber memberitahu Metro Ahad, sebelum insiden berkenaan, pihak berkuasa memburu penjenayah itu selepas dia yang bersenjatakan parang dilaporkan menetak seorang lelaki sehingga parah dalam kejadian di Taman Mawar dekat Kinrara, selepas mereka terbabit dalam pergaduhan dipercayai kerana berebut kawasan.

Usaha memburu suspek yang dilakukan sepasukan polis membuahkan hasil apabila pihak berkuasa menemuinya di kawasan berhampiran stesen minyak itu.


“Biarpun dikepung, suspek enggan menyerah diri, sebaliknya merempuh anggota polis bermotosikal. Tindakannya menyebabkan polis terpaksa melepaskan lapan das tembakan,” katanya memberitahu suspek kemudian memecut laju keretanya sebelum menghentikannya kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi kejadian kerana tayar pancit.


Katanya, kesempatan itu digunakan pihak berkuasa untuk menahan suspek sebelum pemeriksaan lanjut kemudian mendapati lelaki terbabit mengalami kecederaan. -mymetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top