Kecederaan yang dialami oleh Norish Karman ataupun dikenali sebagai NK tidak lama dahulu sehingga dirinya terlantar di hospital menimbulkan satu lagi dakwaan yang mengatakan dia sudah Lumpuh!


Dakwaan yang pada mulanya kelihatan berasas itu dibuktikan lagi dengan penampakan beberapa keping gambar NK berada di atas kerusi roda yang disiarkan menerusi beberapa laman portal hiburan.

Bagaimanapun hal tersebut disangkal sekeras-kerasnya oleh tuan empunya badan. NK yang kami temui disatu majlis baru baru ini seperti biasa bersikap tenang apabila diajukan soalan tersebut.
Jelasnya “Dakwaan yang mengatakan saya ni dah lumpuh memang tak benar sama sekali, Ada yang mengatakan ini semua adalah bala yang menimpa saya, merepek.”

“Bagi saya cerita lumpuh ini sengaja disensasikan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menarik perhatian pembaca mereka. Tapi jelas sekali apa cara yang digunakan oleh mereka itu salah. Kita tak boleh reka cerita yang tidak betul sebab ia boleh mencemaskan peminat saya. Malah ada yang sedih dan menangis apabila mereka dapat tahu yang NK lumpuh. Walhal hakikatnya saya tidak lumpuh pun.”

Ujarnya juga, tiada perasaan marah kedalam hatinya apabila isu seperti ini sengaja diputar belitkan sesetengah pihak, cuma baginya perkara seperti ini tidak elok untuk diada-adakan,

“Kepada si pencerita yang kata saya ni dah lumpuh, janganlah buat cerita sekadar khabar angin sahaja. Kalau nak tahu perkara sebenar boleh call atau datang terus berjumpa dengan saya bertanyakan hal yang sebenar.” Norish Karman.-buahmulut.com

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top