Gambar-gambar ini ialah dari sebuah sesi fotografi Neelofa untuk sebuah majalah di Singapura. Bolehlah dikatakan kencang juga peluang-peluang kerja untuk Neelofa sejak dia memenangi Dewi Remaja 2010 dan menyertai dunia seni.

Tawaran berlakon yang tidak putus, tawaran modeling, menjadi duta produk-produk dan wajah Lofa juga kerap muncul di dada akhbar dan majalah, malah di laman maya.



Bagi kami ini ialah satu sikap terpuji Neelofa. Beliau sangat rajin bekerja dan dalam masa yang sama beliau menjadi pengacara Nona, pengacara Anugerah Skrin 2012 dan juga masih menuntut dan mengambil ijazah berganda di sebuah kolej swasta.

Hasil dari kerajinan Neloofa ini, sudah tentu membuahkan pendapatan yang lumayan untuk beliau yang juga mempunyai produk minuman kesihatan sendiri. Orang kata masa muda inilah nak pulun mencari rezeki, kan? Sekurang-kurangnya Neelofa mampu untuk membeli barang-barang mahal dengan wang hasil kerja keras sendiri, gitteww.
Lagi 4 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook We Love Neelofa.




sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top