Arab Saudi – Bermula hari ini,  pihak berkuasa di Jeddah melaksanakan larangan menghisap shisha di tempat awam atas faktor kesihatan.

Larangan seumpama itu sebelum ini telah dilaksanakan di beberapa bandar di Arab Saudi termasuk di Nejd yang terletak di Riyadh.

Aktiviti menghisap shisha turut diharamkan di beberapa kawasan bandar.


Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Arab Saudi, Dr. Abdulhamid al-Habib larangan itu bertujuan mengelak remaja daripada terpengaruh dengan aktivi menghisap shisha dan dilakukan atas objektif yang positif.

“Amat mengejutkan selepas jumlah mereka yang menghisap paip dan shisha di negara ini meningkat, malah jumlahnya dua kali ganda setiap tahun. Golongan yang paling ramai terlibat adalah remaja.

“Kita perlu memantau daripada semua sudut, bukan hanya ketagihan kepada tembakau, malah ia turut melibatkan shisha yang menyebabkan masalah kesihatan,’’’ katanya.

Bagaimanapun larangan berkenaan mendapat tentangan daripada pemilik restoran di Jeddah  malah sebanyak 35 usahawan telah menghantar bantahan kepada pihak berkuasa tempatan berhubung larangan berkenaan.

Mereka menyifatkan larangan berkenaan telah menyebabkan orang ramai terutama golongan remaja menjauhi restoran mereka.

“Orang muda tidak lagi mahu datang ke kedai kami, malah banyak kedai kopi kosong. Keadaan ini sudah berlarutan sejak tiga hari lalu,’’ kata pemilik Kafe Harmoni, Naief.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menegaskan amalan menghisap shisha mempunyai risiko yang tinggi sama seperti menghisap rokok atau menggunakan produk tembakan yang lain.

Shisha sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru dan jantung, justeru ia tidak selamat digunakan.

Penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebnayak 0.15 liter hingga satu liter. -mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top