ISLAMABAD - Bekas pemain kriket, Imran Khan akan mengetuai perarakan ke kawasan masyarakat suku, di sempadan Pakistan-Afghanistan, bagi membantah penggunaan pesawat tanpa juruterbang oleh Amerika Syarikat (AS) yang meragut nyawa orang awam.

Perarakan dua hari itu bermula hari ini. Ia akan berakhir di Waziristan Selatan dengan satu perhimpunan besar-besaran esok.


Dipetik laporan BBC, tidak pasti sama ada pihak berkuasa akan membenarkan perhimpunan itu.

Imran, yang kini merupakan ahli politik yang aktif dari Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan menyifatkan serangan menggunakan pesawat tanpa juruterbang atau dikenali sebagai 'drone' menyasarkan ramai orang awam, bukannya golongan militan.

Bagaimanapun pihak berkuasa AS pula mendakwa pesawat itu tidak menyasarkan kedudukan orang awam dan satu cara yang efektif untuk menyerang Taliban dan Al-Qaeda.

Imran yakin perarakan dan perhimpunan akan menarik ribuan peserta.

"Apabila mereka fikir tentang Waziristan, orang ramai agak takut kerana suasana dicetuskan oleh perang yang dikatakan ke atas pengganas, yang kini menjadi perang ke atas pengganas.

"Dan, ia satu kemusnahan dahsyat... wanita dan kanak-kanak terbunuh, kaum keluarga dibunuh. Ini menyumbang kepada kelahiran militan (sebagai tindak balas)," katanya lagi. -sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top