Harimau Muda langkah kanan
BIARPUN tanpa pemain tonggak, skuad Bawah 21 Tahun negara berjaya kutip tiga mata selepas menewaskan Laos 4-2 pada aksi pembukaan Piala Newspaper di Gia Lai, Vietnam semalam.
Penyerang, Thamil Arasu yang dinobatkan pemain terbaik menghidupkan semula peluang Malaysia pada 10 minit terakhir selepas Laos menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-53 dan 56.
Gol dijaringkan Ariff Farhan 14', Azwan Bakri 27' dan D Saarvindran melengkapkan kemenangan.
Jurulatih, Ong Kim Swee dalam Twitternya menyifatkan ia permulaan baik bagi skuad negara.
"Susah kita kekalkan keputusan dua gol awal kerana pemain hilang fokus pada separuh masa kedua. Saya kagum komitmen mereka sehingga tamat perlawanan," katanya. -sinar
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda