Staf Celcom menunjukkan SIM Nano yang boleh didapati di 80 cawangan Celcom dan kedai Blue Cube seluruh negara.

CELCOM Axiata Bhd (Celcom) menawarkan Modul Identiti Pelanggan (SIM) Nano pada harga terendah di Malaysia, untuk pengguna telefon pintar generasi terbaru.

Dalam satu kenyataan, Celcom berkata, pelanggan Celcom First baru boleh memohon SIM Nano tanpa penambahan harga dan pelanggan lebih 12 bulan boleh menaik taraf SIM mereka dengan percuma.


Menurutnya, mereka yang melanggan Celcom kurang daripada 12 bulan akan dikenakan bayaran RM5 untuk bertukar kepada SIM baru, yang boleh digunakan dengan semua pelan pasca bayar dan prabayar serta pelan data mudah alih dan jalur lebar. SIM terbaru ini boleh didapati di 80 cawangan Celcom dan kedai Blue Cube di seluruh negara mulai 6 Oktober lalu bagi pelanggan pasca bayar dan daripada 15 Oktober bagi pelanggan prabayar. -sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top