Ferguson: Sikap Ferdinand Memalukan
PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson menganggap tindakan Rio Ferdinand yang enggan memakai kemeja-T menyokong kempen antiperkauman adalah satu perbuatan yang "memalukan".
Jelasnya, dengan perbuatan itu, Ferdinand akan dikenakan tindakan selepas ini.
"Pada sidang akhbar semalam, saya bercakap kepada wartawan mengenainya.
"Ia betul-betul mengecewakan dan memalukan saya. Jadi, dia akan dikenakan tindakan selepas ini,” kata Ferguson.
Jumaat lalu, Ferguson berkata pemainnya akan memakai baju itu ketika memanaskan badan sebelum perlawanan menyokong minggu kesedaran program ‘Kick it Out’ anjuran pertubuhan antiperkauman sekalipun beberapa pemain kulit hitam mengancam untuk memboikotnya. -sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda