BIARPUN sibuk, Bunga Cinta Lestari tetap mengutamakan masa bersama anaknya, Noah. Akui Bunga, dia selalu mencuri masa untuk membawa anaknya yang sudah berusia 2 tahun itu bersiar-siar.

"Dalam seminggu, saya akan pastikan membawa Noah keluar berjalan-jalan. Kadangkala saya akan bawa dia ke taman permainan dan jika waktu cuti sekolah, saya pastikan akan bawa dia bercuti. Walaupun saya dan Ashraf sibuk, kami akan pastikan dapat meluangkan waktu bersama anak," katanya.


Bunga mengakui masih belum bersedia menimang cahaya mata dalam masa terdekat dan meletakkan tempoh dua atau tiga tahun lagi untuk menambah ahli keluarganya.

"Ashraf memang mahu menambah anak, tapi saya kata pada dia nanti dulu, Noah juga masih kecil. Saya tidak mahu dia rasa iri hati jika ada adik. Lagipun, jika saya mengandung lagi, saya pasti gemuk," ujarnya. -sinar

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top