MUHAMMAD SOMBHAS dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban semalam atas pertuduhan mengamalkan nikah batin.

SEREMBAN – Seorang bomoh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas tiga tuduhan termasuk menjalankan upacara nikah batin dengan seorang wanita di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini pada bulan lalu.

Muhammad Sombhas Abdullah, 48, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad.



Bagi tuduhan pertama, Muhammad Sombhas didakwa mempermain, mengajuk, mengejek amalan dan upacara berkaitan agama Islam serta perjalanan mazhab muktabar apabila menjalankan upacara nikah batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Kampung LBJ pada 17 September lalu.

Dia juga didakwa mempermain, mencela, mengejek dan menghina ayat-ayat al-Quran menggunakan senaskhah al-Quran di dalam pernikahan bertentangan dengan syarak selain meletakkan kitab suci tersebut di atas lantai semasa pernikahan. -kosmo

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top