Gambar hiasan


JAKARTA – Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti perubatan di Universitas Gadjah Mada di Yogyakarta ditahan polis Indonesia pada Jumaat lalu kerana didakwa memiliki ganja seberat 6.8 gram.

Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap pada pukul 5.15 petang oleh sepasukan polis cawangan narkotik di Jalan Kaliurang, Daerah Sleman sejurus didakwa selesai melakukan transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).


Difahamkan pelajar itu memesan bahan terlarang itu melalui laman sembang internet.

Penangkapan pelajar itu susulan maklumat awam dan polis yang membuat intipan menemui dadah tersebut pada pelajar itu.

Semasa ditemui dadah tersebut berada dalam bungkusan kertas surat khabar lama dan dipegang oleh pelajar terbabit. -kosmo

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top