Naib Presiden Kanan, Phil Schiller memperkenalkan iPad Mini di San Jose, semalam. - Foto ihsan AP/usatoday

SAN JOSE - Apple memperkenalkan tablet yang dinamakan, iPad Mini, yang dinanti-nantikan peminatnya di sini, semalam.

Pengenalan iPad Mini ini mengakhiri penantian hampir setahun.


Produk terbaru ini seberat 300 gram dan ketebalannya 7.2mm. Ia berada di pasaran kira-kira enam bulan selepas iPad generasi ketiga diperkenalkan.

Harga pengenalan dianggarkan AS$329 (sekitar RM1,000).

Keluaran skrin iPad Mini 7.9 inci (20.1 sentimeter).

Berbanding penggunaan plastik untuk menghasilkan Google Nexus 7, iPad Mini menggunakan aluminium.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Apple, Phil Schiller berkata, berdasarkan sambutan sebelum ini, pihaknya yakin dapat menjual lebih daripada 100 juta set.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top