KUALA LUMPUR : Anzalna mengaku berasa fobia apabila aksi menggodanya bersama aktor kacak, Aaron Aziz di dalam drama bersiri popular, Adam dan Hawa dikecam hebat oleh peminat fanatik aktor dari Singapura itu.


“Saya menerima pelbagai tohmahan daripada peminat fanatik Aaron Aziz yang ramai. Mereka marah dan kecam saya di akaun Twitter milik saya kerana adengan menggoda saya yang menyandarkan bahu dan berpegangang tangan.


“Rasa takut dan fobia juga bila alami keadaan begini tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak mempedulikan mereka yang memarahi saya kerana ternyata itu hanyalah lakonan sahaja.

“Terus-terang, saya pun malu membawakan adengan tersebut dan saya rasanya ia tidak keterlaluan. Jika tidak, sebenarnya saya disuruh untuk lebih intim dengan berpelukan, namun saya tidak berbuat demikian kerana saya sendiri agak segan.

“Saya faham apa yang peminat Aaron Aziz fikirkan tetapi saya hanya menjayakan watak saya dan saya harap peminatnya akan faham bahawa ianya hanya sebuah lakonan,” katanya kepada wartawan ketika dihubungi.

Bahkan, Anzalna Nasir yang juga bintang kelahiran Dewi Remaja 2010 itu turut memberitahu dia juga rasa benci melihat wataknya sendiri yang dibawakan di dalam drama bersiri tersebut.

“Terus-terang saya sendiri benci dengan diri saya bila menonton lakonan saya itu kerana nampak sangat saya perempuan yang menggoda dan jahat. Apatah lagi bila orang lain yang menontonnya.

“Saya tak terkejut mereka membenci saya kerana watak yang saya bawakan itu.
“Tetapi tak mengapa, kerana sekurang-kurangnya orang membenci saya kerana watak saya menjadi,” luahnya lagi.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top