LEDANG – Tidak sedar diri, tepat buat seorang warga emas berusia 66 tahun apabila tergamak menjadikan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebagai pemuas nafsu serakahnya, sejak kira-kira enam bulan lalu.

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas adik mangsa melihat mangsa ditindih suspek dengan kedua-duanya berbogel, sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kejadian itu berlaku pada 9 Oktober lalu, di belakang kedai makan dan minuman di Jalan Panggung Lama, Tangkak.



Menurutnya, suspek adalah pelanggan tetap kedai milik bapa mangsa dan kenalan bapanya sejak sekian lama.

“Suspek ditangkap jam enam petang, hari sama dan direman sehingga Ahad ini.
“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang di sini, semalam.

Dalam kes berlainan pada hari sama, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dirogol sepupunya berumur 24 tahun dalam kebun getah belakang rumah mangsa di Kampung Anjung Batu, Tangkak.
Harun berkata, dalam kejadian jam 4.15 petang itu, kanak-kanak berkenaan sedang tidur atas sofa di beranda rumah, dan suspek yang kebetulan lalu di situ terangsang apabila melihat pakaian mangsa tersingkap.

“Semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan suspek mendukungnya ke kebun getah lalu merogolnya,” katanya.
Jelasnya, ekoran itu pihaknya menahan suspek di sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama kira-kira jam 4.50 petang dan ditahan direman sehingga Ahad ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki tersebut mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -Sinar


Haiwan Misteri Dijumpai,Pernahkah anda jumpa?

bagaimana anda boleh MENANG RM5000 dengan memberitahu kami mengapa MRT adalah penting untuk ANDA!!!


4 perkara kita perlu tahu tentang kesihatan


[PANAS!!!]Tahukah Siapa Disebalik Maskot Kuning Digi?Klik Disini Untuk Lihat Model Sebenar




Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top