SAN FRANSICSO – Pengasas rangkaian laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg mengakui buat kali pertama bahawa kejatuhan nilai pasaran saham syarikatnya telah mengecewakan beliau dan para pelaburnya.

“Prestasi saham sangat mengecewakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Facebook ini pada satu persidangan di sini, semalam.

Penyenaraian itu mendapat perhatian dunia kerana membabitkan nilai paling besar dalam sejarah.

Nilai penyenaraiannya yang terbesar dalam sejarah AS berhasrat menjana RM15 bilion (AS$5 bilion).

Beliau berkata, nilai sahamnya hampir separuh dengan harga permulaan AS$38 (RM114 sesaham) ketika ditawarkan Mei lalu. Semalam, nilainya ditutup pada AS$19.43 (RM58).

Namun demikian beliau yakin pasaran syarikatnya akan kembali stabil apabila ramai pengguna melayari Facebook dengan menggunakan telefon pintar berbanding dengan penggunaan di desktop.

“Kami prihatin mengenai pemegang saham kami. Kami teruja dengan misi menjadi lebih terbuka dan berpaut,” kata beliau.

“Tiga hingga lima tahun akan datang, soalan terbesar di fikiran semua orang, benar-benar akan menjadi, bagaimana Facebook diakses dengan menggunakan telefon mudah alih?” katanya.

Awal tahun ini, Facebook melancarkan aplikasi telefon bagi telefon pintar IOS Apple dan Android.

“Iklan perlu lebih bersepadu dalam produk di telefon bimbit,” kata Zuckerberg.

Beliau dalam nada bergurau turut berkata, semua yang dibuatnya seakan-akan tidak kena tetapi akan segera menyelesaikannya.

Facebook adalah rangkaian sosial yang paling popular mencatatkan sejumlah 950,000,000 pengguna.

Zuckerberg turut menolak khabar angin yang mengatakan beliau akan membina telefon Facebook.

“Membina telefon adalah strategi yang salah untuk kami,” katanya.

Beliau mengakui kejatuhan dalam harga saham Facebook telah membuat ia lebih sukar untuk mencari dan mengekalkan kakitangan.



Sumber 

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top