Perangai Pelik Rakyat Malaysia Ketika Membeli Belah
Antara perangai busuk pembeli-pembeli Malaysia yang dilaporkan oleh akhbar The Star bertarikh 23/7/2012 yang mengakibatkan peniaga kerugian berjuta-juta ringgit setiap bulan, adalah:
1. Menekan atau memicit buah-buahan atau sayur-sayuran.
- Yang ini saya pernah buat. Misalnya kalau nak beli kacang bendi, saya selalu cuba patahkan hujung buahnya. Kalau boleh dipatahkah, maknanya ia masih muda dan boleh dibeli dan sebaliknya. Itulah pesan Makngahnya.
2. Membuka barangan yang berbungkus dan kemudian meletakan atas para.
- Yang ini saya tak pernah buat. Tapi pernah letak barang bukan kat tempat asalnya bila Makngahnya kata usah beli bila perasan barang tu ada dalam troli. Rasanya perbuatan ini tidak merugikan peniaga.
3. Menukar tanda harga atau ‘barcode’ dengan yang lebih murah.
- Yang ini saya tak pernah buat dan tak akan buat selagi saya masih waras.
4. Mencuba seluar dalam walau pun jelas tegahan berbuat demikian.
- Yang ini juga saya tak pernah buat dan tak akan buat selagi saya siuman. Saya pun hairan kenapa ada orang nak cuba – takkan saiz sendiri pun tak tahu.
adakah anda salah seorang seperti yang dinyatakan diatas??
sumber
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda