Susulan tampil seksi dalam akbar Kosmo Ahad baru-baru ini, Nora Danish hari ini memberitahu pemberita yang dia menerima serta menghormati setiap teguran yang diberikan terhadap dirinya.
Bagi Nora, itu semua adalah tanda dirinya disayangi oleh peminat-peminat di luar sana.
Begitu juga dengan soal seksi serta berpakaian yang banyak kali saya ditegur. Saya terima serta menghormati setiap teguran itu kerana jujurnya saya melihat ia satu perkembangan yang baik untuk diri saya secara peribadi.
Setidak-tidaknya mereka sayangkan saya dan kerana itu tidak henti mereka berpesan serta menegur. Ia bagai satu doa yang terus memberikan saya inspirasi positif untuk diri saya.
Mana tahu, jika pesan tersebut berterusan ia akan mengubah diri saya. Semua itu kerja Tuhan serta saya terima dengan hati terbuka.
Dalam pada itu ada berita baik yang turut dikongsi oleh Nora Danish kepada jejaka-jejaka di luar sana. Dirinya masih single,dan masih tiada teman istimewa.
Saya tidak mempunyai sesiapa yang istimewa lagi. Sejak berpisah lebih 4 tahun lalu, saya masih sendiri memberi tumpuan penuh kepada kerjaya, keluarga serta memberi keutamaannya pada Rayqal yang makin membesar.
Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan sentiasa mengharapkan kebahagiaan ini akan berterusan. Namun saya ada berkawan dan mengenali beberapa individu. Semuanya hanya kawan dan tidak pernah lebih daripada itu.
Jika tertulis saya dipertemukan dengan mana-mana lelaki yang sempurna membimbing, saya akan kongsi dengan peminat nanti. Doakan saja segala yang baik buat saya. - forblogger.net
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda