IPOH – Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, setelah didapati bersalah mendera serta mencampak anak lelakinya ke dinding rumah sehingga menyebabkan mangsa mati, 4 tahun lalu.

Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting, Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan kematian Rizaudin, 3 tahun akibat didera.

Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang diantara 1 hingga 2 November 2008.

Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat serta membaling anaknya ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul anaknya dengan menggunakan rotan.

Tindakan tersebut menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan telah meninggal dunia sewaktu dibawa ke Hospital Taiping (HT).

Menurut laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama serta baru di muka, badan serta kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.

Hakim Datuk Zainal Azam Abd Ghani berkata, beliau terpaksa mengenakan hukuman setimpal terhadap perbuatan tertuduh kerana bertindak kejam hingga menyebabkan kematian mangsa.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top