PETALING JAYA – Tindakan menghina agama di Facebook sepatutnya tidak berlaku jika orang ramai mempunyai rasa tanggungjawab dan hormat terhadap negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa serta agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan supaya dapat mendidik dan membentuk pewaris yang sayang kepada negara.


“Rasa cinta dan tangungjawab itu perlu dipupuk dari kecil supaya mereka dapat berfikir dengan baik sebelum melakukan sebarang tindakan. Jika tidak mereka akan bertindak luar batasan yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara.

“Kita hidup dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama. Sensitiviti itu perlu dijaga,” katanya pada sidang media di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas melawat dua anggotanya yang cedera ditembak, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang pemuda berusia 25 tahun yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook.

Berhubung kes tersebut Ismail berkata, siasatan terhadap kenyataan di laman sosial itu sedang dilakukan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa pemuda itu juga sudah membuat permohonan maaf di Facebook, namun siasatan tetap dijalankan,” katanya.

Pemuda itu ditahan di rumahnya di Klang Jaya, Klang bagi membantu siasatan mengikiut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Dia turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang (IPD) Klang Selatan bagi menafikan kenyataan tersebut dibuat olehnya.

Pelajar sebuah universiti itu juga mendakwa ada individu lain yang menggunakan akaun Facebooknya berikutan komputer ribanya pernah hilang sebelum ini.

Kenyataan di Facebook itu mengundang kemarahan orang ramai sehingga menyebabkan kejadian pecah rumah dan rusuhan di rumah pemuda tersebut, kira-kira jam 10.30 malam, Selasa lalu. – SinarHarian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top