5,795 Graduan UM Terima Ijazah
KUALA LUMPUR – Seramai 5,795 graduan Universiti Malaya (UM) akan memperoleh ijazah masing-masing pada Istiadat Konvokesyen (UM) yang bermula pada 1 Oktober ini dan berakhir pada 6 Oktober 2012.
UM melalui satu kenyataan media memberitahu, sebanyak sembilan bahagian istiadat dijadualkan berlangsung di Dewan Tunku Canselor bermula Isnin hingga Sabtu depan melibatkan 353 penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 1,785 graduan Ijazah Sarjana dan 3,657 graduan Ijazah Sarjana Muda.
“Istiadat Konvokesyen Bahagian Pertama, Kedua dan Ketiga dipengerusikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Istiadat Konvokesyen UM pada tahun ini bakal menyaksikan Pengurniaan Ijazah Kehormat kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz. -mynewshub
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.