Diana kesal apabila dewasa ini, remaja seakan lupa pada agama dan Tuhan apabila bercinta dengan melanggar segala batas yang ada.
“Lebih indah jika kita bercinta kerana ALLAH SWT kerana secara automatik, perhubungan itu terasa lebih bermakna. Bukan restu ibu bapa sahaja yang perlu kita peroleh, tetapi keredaan ALLAH SWT pada hubungan kita juga penting,” ujarnya kepada Zass.

Menyentuh mengenai pasangan hidupnya, Diana berkata, dia berharap bertemu cinta yang akan terus membawanya ke jinjang perkahwinan dan tidak melalui proses percintaan semata-mata.
Katanya, dia masih lagi mencari cinta dan tidak menolak seandainya jodohnya tiba dalam masa terdekat ini.
“Saya impikan seorang lelaki yang bijak kerana saya tidak pandang pada kedudukan seseorang itu. Tapi seboleh-bolehnya saya mahu mengelak berpasangan dengan orang dalam industri.

“Namun buat masa ini, keutamaan saya tentulah masa bersama keluarga. Tapi andai jodoh tiba, saya lebih memilih untuk bercinta dan terus berkahwin,” jelasnya yang mengakui akan lari apabila bertentang mata dengan lelaki yang disukainya.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top