Manchester City tersingkir seawal pusingan ketiga Piala Liga selepas tewas 2-4 kepada Aston Villa di Stadium Etihad, awal pagi tadi dengan dua jaringan pelawat dijaringkan ketika permainan dilanjutkan ke masa tambahan.

City mendahului menerusi Mario Balotelli pada minit ke-27 sebelum disamakan Villa hasil jaringan sendiri Gareth Bale minit ke-59.


Namun City kembali di hadapan menerusi jaringan Aleksandar Kolarov minit ke-64 tetapi Gabriel Agbonlahor memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan apabila berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-70.

Ternyata Villa lebih cemerlang pada babak masa tambahan 30 minit dengan menambah dua lagi gol menerusi Charles N’Zogbia (96) dan jaringan peribadi kedua Agbonlahor (113).

Turut menerima malu, Everton yang tewas 2-1 kepada Leeds United di Elland Road apabila jaringan Sylvain Distin (81) gagal menafikan kemenangan tuan rumah menerusi jaringan Aidan White (4) dan Rodolph Austin (70).

Namun pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea terus pada prestasi terbaik apabila mudah membelasah Wolves 6-0 di Stamford Bridge menerusi jaringan Gary Cahill (4)    , Ryan Bertrand (8), Juan Mata (17), Oriol Romeu (pen 53), Fernando Torres (58) dan Victor Moses (71).

Berikut ialah keputusan penuh 10 perlawanan pusingan ketiga yang berlangsung, awal pagi tadi:

Bradford City    3 – 2    Burton Albion
Chelsea    6 – 0    Wolverhampton Wanderers
Crawley Town    2 – 3    Swansea City
Leeds United    2 – 1    Everton
Manchester City    2 – 4    Aston Villa
Milton Keynes Dons    0 – 2    Sunderland
Preston North End    1 – 3    Middlesbrough
Southampton    2 – 0    Sheffield Wednesday
Swindon Town    3 – 1    Burnley
West Ham United    1 – 4    Wigan Athletic

Baki enam perlawanan pusingan ketiga pula bakal berlangsung jam 2.45 pagi ini dan jadualnya seperti di bawah:

Arsenal    lwn Coventry City
Carlisle United    lwn Tottenham
Manchester United lwn Newcastle
Norwich City lwn Doncaster Rovers
QPR lwn Reading
West Brom lwn Liverpool (3 pagi)

-mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top