MANILA – Seramai sembilan orang maut dan sekurang-kurangnya sembilan cedera apabila sebuah bas cuba mengelak daripada melanggar motosikal dan kemudiannya bertembung dengan lori tangki di sini. Ketua Polis bandar Munoz, Michael Angelo Zuniga berkata,
kemalangan di lebuh raya wilayah Nueva Ecija utara Manila mengakibatkan pemandu kedua-dua kenderaan dan penunggang motosikal mati ketika kejadian pada awal pagi tadi. Beliau berkata, bas terbabit datang dari arah Manila dengan membawa 40 penumpang manakala minyak daripada lori berkenaan tumpah tetapi anggota bomba berjaya mengelak daripada terbakar. – AP
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda