Petronas didakwa ubah polisi?
Petronas didakwa ubah polisi? | BERAPA ramai antara kita yang pergi ke stesen minyak Petronas setiap pagi untuk membeli nasi lemak, roti dan kuih-muih yang dibekalkan syarikat kecil Melayu atau makcik-makcik di kampung untuk dijadikan sarapan?
Semua itu dikhuatiri hilang tidak lama lagi apabila Petronas didakwa mengamalkan dasar baharu, bercanggah dengan dasar penubuhan syarikat minyak negara itu untuk membantu peniaga tempatan.
Daripada projek ratusan juta ringgit melibatkan telaga minyak di tengah laut sehinggalah kepada kontrak bekalan roti di kedai Mesra Petronas, semuanya didakwa mula diberikan kepada syarikat asing tanpa memberi peluang adil kepada peniaga tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Mohd Nizam Mahshar berkata, badan bukan kerajaan itu menerima banyak aduan daripada syarikat dalam industri minyak dan gas negara mengenai sikap Petronas yang didakwa mereka sebagai pilih kasih dalam memberikan kontrak.
“Pembekal perkhidmatan minyak dan gas, pengusaha stesen minyak, kontraktor atau syarikat logistik, semuanya mengadu mengenai Petronas,” katanya dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.
Dasar Petronas mula berubah
Beliau mendakwa Petronas cuba mengetepikan syarikat Bumiputera dan Melayu dalam pemberian kontraknya dan tersasar daripada peranan asalnya untuk membantu membangunkan syarikat Bumiputera dalam industri minyak dan gas.
Menurut Mohd Nizam, MTEM dan syarikat tempatan dalam sektor itu berkongsi pendapat sama dengan Petronas bahawa pemberian kontrak harus dilakukan berdasarkan keupayaan dan prestasi syarikat.
“Memang kita pun mahu syarikat yang layak sahaja diberikan kontrak tetapi jangan guna alasan itu untuk hentikan semua projek kepada syarikat Melayu,” katanya.
Mohd Nizam berkata, MTEM pernah mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Petronas berhubung isu ini pada Februari lalu namun hasilnya tidak memuaskan.
“Mula-mula nampak hasil pertemuan seolah-olah baik, (pengurusan tertinggi Petronas) janjikan pelbagai perkara, termasuk kerjasama antara MTEM dan Petronas.
“Tetapi dua minggu selepas pertemuan itu, Petronas hantar surat jawapan memaklumkan syarikat itu tidak bersedia memberi komitmen kepada perkara dibincangkan dengan MTEM dalam pertemuan itu, terutama berhubung agenda Bumiputera dan Melayu,” dakwanya.
Petronas lebihkan mat salih
Mohd Nizam berkata, tiga isu utama dibangkitkan syarikat tempatan dalam sektor minyak dan gas adalah sikap Petronas yang didakwa berat sebelah kepada syarikat asing, cubaan Petronas mengetepikan syarikat tempatan dan tidak ada arah tuju jelas bagi Petronas berhubung agenda membina keupayaan negara.
Beliau mendakwa, berdasarkan aduan diterima, kontrak Petronas didakwa mula menetapkan pelbagai syarat yang dianggapnya tidak masuk akal serta tidak memberi sebarang kelebihan kepada syarikat tempatan.
Menurutnya, masalah ini bermula selepas Petronas diambil alih pengurusan baru sejak 2010.
“Pengurusan sebelum ini faham dan cuba bantu pembangunan kapasiti syarikat tempatan tetapi pengurusan sekarang ini gunakan alasan keupayaan untuk mengetepikan mereka dan lebihkan syarikat asing,” dakwa beliau.
Nasi lemak pun dibekalkan syarikat asing
Selain itu, Petronas juga didakwa memberikan monopoli kepada sesetengah syarikat luar, termasuk bagi pengangkutan minyak dan pembekalan produk makanan di stesen Petronas.
“Nasi lemak, kerepek dan roti di stesen Petronas tak boleh lagi dibekalkan oleh makcik-makcik di kampung, semuanya diberikan kepada satu sahaja syarikat, yang berasal dari luar negara,” dakwanya.
Menurutnya, Petronas didakwa menggunakan alasan inginkan syarikat berdaftar untuk membekalkan makanan di stesen Mesra.
“Apa yang mereka buat sebenarnya adalah menolak keluar peniaga Melayu sedikit demi sedikit daripada rangkaian perniagaan Petronas, dari pelantar minyak ke kedai Mesra.
“Kami bukan menentang Petronas, kami sayangkan Petronas sebagai khazanah negara. Kami ingin selamatkan Petronas,” katanya.
Usaha berterusan Sinar Harian untuk mendapatkan maklum balas Petronas berhubung semua dakwaan ini tidak berjaya sehingga artikel ini disiarkan.-sinar harian
Semua roti dibekalkan oleh massimo? Air mineral kubur cina oleh Spritzer, cactus dan angry bird ? Seeemua Jajan oleh pembekal cina cuma,toke dan pekerja melayu dan bangla cara halus cina monopoli Petronas?
BalasHapusSy pown da mula xsinggah da kat petronas or petron untuk mengisi minyak.....byk kes buruk yg sy dgr pasal isi minyak kat stesen minyak petronas or petron....klu petronas xhargai org tempatan,so kita bumiputra kena bagi syarikat nie bahawa penting nya kita nie bumiputra.....
BalasHapusWell petronas...sedih melihat kamu
BalasHapusSaya menggunakan petronas dari dulu hingga sekarang,walau terpaksa pergi jauh utk mndapatkannya...tapi kalau mcmni..xyah bantu la kalau petronas xnk bantu org kita...
BalasHapusKomentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusjangan haraplah..dulu saya kerja dgn petroas, tetapi terpkasa berhijrah ke luar negeri. Kalau undi BN ginilah jadi nya..hancur negara digadai kpd org asing.
BalasHapusMari kita org melayu bumiputra boikot petronas ramai2....
BalasHapusSye dhlama xgunakn minyak dr petronas sbb ramai yg ckp minyak nyer xberkualiti!! Bila dh hd cmnie lg benci ar sye ngn petronas!!
BalasHapusas a chinese..saya rasa sedih bila orang melayu cuba memusuhi kami..apa kesalahan kaum cina sampai korang anti dengan cina??dunia adil..sapa kuat usaha orang tu berjaya..tu ahlee rasict sangat meh..melayu memang macam ni..selalu letak kesalahan kat orang lain..tak fikir dan tak nilai kesilapan sendiri..tanya diri kenapa??sikit2 nak boikot sana sini..apa korang dapat??korang dalam ni bukan main racist dengan bangsa kami..korang kata kami racist disebabkan sebilangan kami..tapi sebahagian kamu yang racist macam mana??petronas diorang buat bisnes..mau untung..dulu project perumahan pun sama..utamakan melayu..last2 banyak terbengkalai..korang fikir sendiri la pasal bangsa korang..
BalasHapusItu Anonmin jangan selalu buat onani sampai ditimpa penyakit buatbuat LUPA lak! Sapa yang mulakan BOIKOT produk Gardenia?Gula CSR? Bukan cinabeng macam lu kah? Sapa nak gulingkan Kerajaan sekarang kalau bukan 90% nya orang CINA? Kenapa?
BalasHapusSedih sangat dgn polisi Petronas, makanan kucing such as friskies, whiskas tu semua dah tak boleh jual. Apa lah salah kucing-kucing ni? kalau nak kata makanan tu takde kualiti agak-agaklah skit, or sebab itu makanan kucing???
BalasHapus